09 May 2012

Akan Datang.... Upin & Ipin the Musical

Upin & Ipin the Musical
Akan Datang di Istana Budaya, 14 April - 6 Mei 2012

Untuk maklumat & membeli tiket, sila klik link di bawah:
atau hubungi
+603-4147 8600/+603-6186 6592 atau email kepada alphaevents@hotmail.com
Harga Tiket: RM33, RM53, RM83, RM103, RM153, RM203, RM253, RM353 & RM453

Blog Rasmi:

 Sertai Kami di Facebook:


25 May 2011

TERBITAN TERKINI CTRA PRODUCTION

1. Teater Mak Dara Nyonya (6 - 12 Julai 2011), Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Dua cerita,
Dua negara,
Satu pengarah,
SAKSIKAN….
Cerita masyarakat yang diselaputi rahsia & muslihat
Kasih dan air mata
Luka dan sengsara…

Gabungan kisah Mak Dara (Malaysia) dan Nyonya (Indonesia) ini bersifat humor dan penuh emosi. Bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali, Mak Dara menjalani kehidupan yang memilukan biarpun pada awalnya hidup dalam kebahagiaan. Beliau kehilangan harta pusaka dan kebahagiaan malah paling memilukan, anak-anak beliau terpaksa menumpang kasih di rumah bangsa lain. Daripada seorang Ratu, beliau menjadi penjaja. Dari sebuah istana, beliau hidup merempat, seringkali hanya tinggal di dalam kotak. Namun, ada sinar menerangi hidupnya, berkat anak-anak yang terpelihara akhlaknya.
 Kisah Nyonya pula dibawa dengan cara komedi tetapi sinis yang menjanjikan penonton tidak kering gusi. Beliau ‘berperang’ dengan Tuan, seorang saudagar antik, yang mengambil kesempatan semasa suami Nyonya terlantar di hospital akibat barah lidah untuk membeli harta Nyonya. Dari batu mamar di perkarangan rumah hingglah meja makan, tempat tidur dan beliau akhirnya ingin membeli betis dan lutut Nyonya. Pada masa yang sama, Nyonya berhadapan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuhnya.

Pelakon: Fara Fauzana, Sherry Abdullah, Sarimah Ibrahim, Misha Omar, Norzizi Zulkifli, Juhara Ayob & Zaifri Husin.
Terbitan: CTRA Production & Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.


............................................................................................

2. Muzikal Tun Mahathir 2, Panggung Sari Istana Budaya, 21-30 Januari 2011. Skrip Ismail Kassan, Arahan Rosminah Tahir. 


Atas permintaan ramai, kisah hidup negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad  mencipta sejarah sekali lagi dan menjadi teater yang dipentaskan semula dalam  masa yang terdekat. Bermula dengan zaman kanak-kanak, beliau cintakan ilmu & gemar membaca selain berniaga dan pada zaman remajanya beliau mengetuai pemuda-pemuda Kedah untuk menentang Malayan Union. Kisah percintaan antara beliau dengan Tun Dr. Siti Hasmah semasa turut dikongsi. Zaman politik beliau yang penuh cabaran, polisi-polisi & kejayaan beliau juga ditonjolkan. Dijayakan oleh Esma Daniel, Elly Mazlein, Ezany Nizariff, Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaluddin Hassan, Diana Johor dll.

Penaung Kehormat: Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Isteri Timbalan Perdana Menteri.
VIP: Tun Dr. Mahathir Mohamad
       Tun Dr. Siti Hasmah
       Tan Sri Halim Ali
       Tan Sri Sabaruddin Chik & Isteri

Penaja F&B: Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.
.................................................................................

3. Muzikal Tun Mahathir, Panggung Sari Istana Budaya, 24 Sept. - 9 Okt. 2010. Skrip Ismail Kassan, Arahan Rosminah Tahir.
Kisah hidup negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipentaskan dalam teater Muzikal Tun Mahathir. Bermula dengan zaman kanak-kanak, beliau cintakan ilmu & gemar membaca selain berniaga dan pada zaman remajanya beliau mengetuai pemuda-pemuda Kedah untuk menentang Malayan Union. Kisah percintaan antara beliau dengan Tun Dr. Siti Hasmah semasa turut dikongsi. Zaman politik beliau yang penuh cabaran, polisi-polisi & kejayaan beliau juga ditonjolkan. Dijayakan oleh Esma Daniel, Erra Fazira, Zizan Nin, Misha Omar, Diana Johor dll, Muzikal Tun Mahathir mencipta sejarah sebagai teater patriotik yang mendapat sambutan paling hangat dan mencipta Box Office. Selain itu, teater ini turut dilanjutkan sebanyak 5 persembahan dan 'SOLD OUT' kurang daripada 1 minggu tarikh pengumumannya.

Penaung: Puan Sri Noorainee Abd. Rahman, Isteri Timbalan Perdana Menteri.


VIP: Tun Dr. Siti Hasmah
       Puan Sri Noorainee Abd. Rahman
       Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim & Isteri
       Tun Ahmad Sarji
       Tan Sri Sabaruddin Chik & Isteri
       Datuk Maglin Dennis D'Cruz & Isteri


Penaja: Kumpulan NADI, Proton, YTL, Yayasan Al-Bukhary, Berjaya Group, Ambank, BSN, Celcom, Malaysian AEON Foundation, NCB Holdings Bhd., Setia Haruman Sdn. Bhd.
  

 .........................................................................................................

4. Muzikal Gamat 2, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), 12 - 22 Mac 2010. Skrip & Arahan: Zaifri Husin

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan pada masa yang sama, tentang khasiat gamat. Antara pelakonnya termasuk Amy Mastura, Misha Omar, Ziana Zain, Zuhairi Ibrahim, Aidil Solehin,  Syahida Marzuki, Diana Johor, ANith Aqilah (OIAM) dan lain-lain.
VIP: YB Tan Sri Joseph Kurup (Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar)
Penaja Utama: Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd. (House of Healin)

*Terima kasih kepada Dato' Prof. Dr. Hassan Yaacob yang banyak memberi ilmu kepada kami tentang khasiat & rahsia tentang gamat. Nampaknya kini, ramai antara kami telah menjadi pengamal setia Healin ini.

..................................................................................


5. MUZIKAL GAMAT, Panggung Sari, Istana Budaya (3-8 & 11-12 Oktober 2009) Skrip & Arahan Zaifri Husin www.muzikalgamat.blogspot.com

Teater ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat & penjagaan alam sekitar. Antara pelakonnya termasuk Amy Mastura, Zuhairi Ibrahim, Aidil Solehin, Natasha Hudson, ANith Aqilah (OIAM), Syukor Ibrahim, Eewen Teoh dan 87 pelakon berbilang kaum dari usia 3-50 tahun.

Penaung: YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
VIP: YB Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar)

..........................................................................................................................................................

6. MUZIKAL IBU ZAIN II, Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC, KL (13-22 Mac 2009) Skrip & Arahan Rosminah Tahir. http://www.ibuzain.blogspot.com/



Teater ini mengangkat jasa tokoh wanita Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman (Ibu Zain) dalam bidang pendidikan, persuratan dan politik tanahair demi mencapai kemerdekaan.Dijayakan oleh Liza Othman, Dato’ Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Natasha Hudson, Nur Fatimah, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Hamzah Tahir,Zuhairi Ibrahim dan lain-lain lagi.
Penaung : Dato' Mukhriz Tun Mahathir (Penyelaras AMAN Malaysia)

..........................................................................................................................

7. MUZIKAL IBU ZAIN, Istana Budaya, KL (12-18 Ogos 2008) Arahan: Rosminah Tahir http://www.ibuzain.blogspot.com/

Karya muzikal Rosminah Tahir yang merakamkan biografi perjuangan tokoh wanita Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman dalam bidang politik, persuratan dan pendidikan. Dibintangi oleh Liza Othman, Datuk Rahim Razali, Nur Fatimah, Catriona Ross, Avaa Vanja, Shahronizam Nor, Hisham Ahmad Tajuddin, Mazlan Tahir, Tania Zalina Zainal dsbgnya...

Penaung Kehormat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor (Isteri Timb. Perdana Menteri)
Penaung: Datin Sri Siti Nooriah Ana Abd Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)

VIP:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Siti Hasmah
Datuk Seri Zul Hasnan Rafique



..........................................................................................

8. NYONYA, Istana Budaya,KL (20-24 Feb 2008) Arahan: Rosminah Tahir

Teater ini dtulis oleh penulis Indonesia, Wisran Hadi yang mengisahkan tentang pergeseran satu keluarga akibat harta dan sikap pedagang yang cuba mencari keuntungan dengan pelbagai cara. Barisan pelakon terdiri daripada Juhara Ayob, Zaifri Husin, Khatijah Tan, Melissa Saila, Tania Zainal dan Yani Mae (Indonesia).
Penaung: Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak
VIP : Datuk Seri Zul Hasnan Rafique

........................................................................................................................................................

9. NYONYA, Taman Budaya Alor Star, Kedah (25-27 Mei 2007) Arahan: Rosminah Tahir
Dibintangi oleh Juhara Ayob, Zaifri Husin, Khatijah Tan, Vanidah Imran, Melissa Saila & Tania Zalina
Penaung : Datin Seri Noraini Abdullah (Isteri Menteri Besar Kedah)
VIP : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Besar Kedah)

.........................................................................................................................................................

10. MUZIKAL LANTAI T. PINKIE, Taman Budaya, Perak (15-17 Sep 2007) Arahan: Rosminah Tahir http://www.lantaitpinkie.blogspot.com/
Kisah tragis seorang wanita penari kabaret bernama T.Pinkie zaman 40-an karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Pelakon yang terlibat ialah Vanidah Imran, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Song Ai Ling, Juhara Ayob, Zaifri Husin, Tania Zainal, Safura Ya’cob dan ramai lagi. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri)
Penaung: Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (Menteri Besar Perak)

.............................................................................................................................

11. MUZIKAL LANTAI T. PINKIE, Istana Budaya, KL (28 Apr-7 Mei 2006) Arahan: Rosminah Tahir http://www.lantaitpinkie.blogspot.com/


Ini adalah pementasan keempat Lantai T.Pinkie yang diarahkan oleh Naib Presiden PPWM, Rosminah Tahir. Pementasan ini adalah sebagai mengenang sumbangan Penaung PPWM, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood dalam usaha menyemarakkan semangat ahli-ahli PPWM untuk memajukan bidang seni negara. Antara pelakon yang terlibat dalam teater karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said ini ialah Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Zaifri Husin, Safura Ya’cob, Abby Abadi dan ramai lagi. Pengarah Muzik ialah Pak Ngah (Suhaimi Mohd. Zain) manakala Koreografer ialah Anthony Meh. Persembahan ini secara keseluruhannya disaksikan oleh lebih 10,000 penonton.
Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
Penaung: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
VIP:
Tun Abd. Rahman Abbas & Isteri (Yang Dipertua Pulau Pinang)
Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
Datuk Effendy Norwawi & Isteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)


* Untuk Maklumat Teater-teater lain terbitan CTRA Production (sebelum tahun 2006), sila  Klik Di Sini ataupun layari bahagian 'Terbitan Kami' di tab atas.



16 May 2011

Buku-buku Terbitan CTRA Production


Judul: Kumpulan Drama Pentas Rosminah Tahir
Karya: Rosminah Tahir
Harga: RM25.00 + RM6 (postage dalam Malaysia)
Kandungan:  Muzikal Ibu Zain, Mahsuri, Alim & Kopi Pangku.
Muka Surat: 155


Judul: Catatan Dari Syurga
Karya: Rohani Deraman
Sinopsis: Kisah benar tentang Ibu Aminah, ibu tunggal OKU yang gigih mengharungi semua cabaran hidup dan membesarkan 5 anak-anaknya.


Judul: Rindu Yang Kau Pinjamkan Itu May
Karya: Siti Rohayah Attan
Sinopsis: Kompilasi cerpen-cerpen karya Siti Rohayah Attan.



Judul: Air Mata Asyimah
Karya: Rohani Deraman
Harga RM19.90 + (RM6 postage dalam Malaysia)
Muka Surat: 337


Ingin mendapatkan buku-buku terbitan CTRA Production?
Hubungi:
+603-6196 6592, 012-297 7220, 017-200 4249
Email:

Custom Search