Terbitan Teater

1. MUZIKAL GAMAT, Panggung Sari, Istana Budaya (3-8 & 11-12 Oktober 2009) Skrip & Arahan Zaifri Husin www.muzikalgamat.blogspot.com

Teater ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat & penjagaan alam sekitar. Antara pelakonnya termasuk Amy Mastura, Zuhairi Ibrahim, Aidil Solehin, Natasha Hudson, ANith Aqilah (OIAM), Syukor Ibrahim, Eewen Teoh dan 87 pelakon berbilang kaum dari usia 3-50 tahun.
Penaung: YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
VIP: YB Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar)

.......................................................................................................................
2. MUZIKAL IBU ZAIN II, Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC, KL (13-22 Mac 2009) Skrip & Arahan Rosminah Tahir. http://www.ibuzain.blogspot.com/

Teater ini mengangkat jasa tokoh wanita Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman (Ibu Zain) dalam bidang pendidikan, persuratan dan politik tanahair demi mencapai kemerdekaan.Dijayakan oleh Liza Othman, Dato’ Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Natasha Hudson, Nur Fatimah, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Hamzah Tahir,Zuhairi Ibrahim dan lain-lain lagi.
Penaung : Dato' Mukhriz Tun Mahathir (Penyelaras AMAN Malaysia)
............................................................................................................................
3. MUZIKAL IBU ZAIN, Istana Budaya, KL (12-18 Ogos 2008) Arahan: Rosminah Tahir http://www.ibuzain.blogspot.com/


Karya muzikal Rosminah Tahir yang merakamkan biografi perjuangan tokoh wanita Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman dalam bidang politik, persuratan dan pendidikan. Dibintangi oleh Liza Othman, Datuk Rahim Razali, Nur Fatimah, Catriona Ross, Avaa Vanja, Shahronizam Nor, Hisham Ahmad Tajuddin, Mazlan Tahir, Tania Zalina Zainal dsbgnya...

Penaung Kehormat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor (Isteri Timb. Perdana Menteri)
Penaung: Datin Sri Siti Nooriah Ana Abd Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)

VIP:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Siti Hasmah
Datuk Seri Zul Hasnan Rafique
 
........................................................
4. NYONYA, Istana Budaya,KL (20-24 Feb 2008) Arahan: Rosminah Tahir

Teater ini dtulis oleh penulis Indonesia, Wisran Hadi yang mengisahkan tentang pergeseran satu keluarga akibat harta dan sikap pedagang yang cuba mencari keuntungan dengan pelbagai cara. Barisan pelakon terdiri daripada Juhara Ayob, Zaifri Husin, Khatijah Tan, Melissa Saila, Tania Zainal dan Yani Mae (Indonesia).
Penaung: Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak
VIP : Datuk Seri Zul Hasnan Rafique
...............................................................................

5. NYONYA, Taman Budaya Alor Star, Kedah (25-27 Mei 2007) Arahan: Rosminah Tahir
Dibintangi oleh Juhara Ayob, Zaifri Husin, Khatijah Tan, Vanidah Imran, Melissa Saila & Tania Zalina
Penaung : Datin Seri Noraini Abdullah (Isteri Menteri Besar Kedah)
VIP : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Besar Kedah)
......................................................................................................

6. MUZIKAL LANTAI T. PINKIE, Taman Budaya, Perak (15-17 Sep 2007) Arahan: Rosminah Tahir http://www.lantaitpinkie.blogspot.com/
Kisah tragis seorang wanita penari kabaret bernama T.Pinkie zaman 40-an karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Pelakon yang terlibat ialah Vanidah Imran, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Song Ai Ling, Juhara Ayob, Zaifri Husin, Tania Zainal, Safura Ya’cob dan ramai lagi. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri)
Penaung: Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (Menteri Besar Perak)

...........................................................................................................................

7. MUZIKAL LANTAI T. PINKIE, Istana Budaya, KL (28 Apr-7 Mei 2006) Arahan: Rosminah Tahir http://www.lantaitpinkie.blogspot.com/


Ini adalah pementasan keempat Lantai T.Pinkie yang diarahkan oleh Naib Presiden PPWM, Rosminah Tahir. Pementasan ini adalah sebagai mengenang sumbangan Penaung PPWM, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood dalam usaha menyemarakkan semangat ahli-ahli PPWM untuk memajukan bidang seni negara. Antara pelakon yang terlibat dalam teater karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said ini ialah Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Zaifri Husin, Safura Ya’cob, Abby Abadi dan ramai lagi. Pengarah Muzik ialah Pak Ngah (Suhaimi Mohd. Zain) manakala Koreografer ialah Anthony Meh. Persembahan ini secara keseluruhannya disaksikan oleh lebih 10,000 penonton.

Penaung Kehormat: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
Penaung: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

VIP:
Tun Abd. Rahman Abbas & Isteri (Yang Dipertua Pulau Pinang)
Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
Datuk Effendy Norwawi & Isteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
....................................................................................

8. NYONYA, Taman Budaya, Negeri Sembilan (10-12 Dis 2004) Arahan: Siti Rohayah Attan
Karya Wisran Hadi ini dipentaskan sekali lagi di bawah arahan Siti Rohayah Attan di Taman Seni Budaya, Negeri Sembilan dari 10 hingga 12 Disember. Antara pelakonnya ialah Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Rozie Rashid, Khatijah Tan, Rosman Ishak dan Rosmaliza Ishak.
Penaung: Datin Seri Endon Mahmood.
.................................................................
9. NYONYA, MTC, KL (7-11 Okt 2004) Arahan: Siti Rohayah Attan
Karya penulis Indonesia, Wisran Hadi yang mengisahkan tentang pergeseran keluarga akibat harta dan sikap pedagang yang cuba mencari keuntungan dengan pelbagai cara. Pelakonnya ialah Tania Zainal, Juhara Ayob, Eyzendy Aziz, Melissa Saila, Ismaliza Ishak dan Rosman Ishak.

Penaung : Datin Seri Endon Mahmood
.....................................................................................................

10. TEATER DEJAVU, ISTANA BUDAYA, KL (10-19 September 2004) Arahan: Siti Rohayah Attan
Teater ini terpilih dalam Siri Teater Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan selepas dua kejayaan pementasan awalnya. Berunsurkan komedi teater ini berkisar kisah pendatang dan masyarakat terbuang yang mengharungi pelbagai rintangan untuk hidup di kawasan lombong. Karya Ismail Kassan, arahan Siti Rohayah ini dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud, Shukor Yon, Serina Redzuan, Safura Yaacob, Rozie Rashid, Zuhairi Ibrahim, Juhara Ayob, Yussak Kassan dan ramai lagi.

Penaung Kehormat: Datin Seri Endon Mahmood
Penaung : Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

........................................................................................................
11. DEJAVU, MTC, KL (24-29 Jan 2004) Arahan: Siti Rohayah Attan
Teater ini dipentaskan kali kedua oleh CTRA Production. Antara pelakon yang mengambil bahagian ialah Ogy Ahmad Daud, Shukor Yon, Mubarak Majid, Melissa Saila, Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Yussak Kassan, Shahronizam Noor dan ramai lagi. Sambutan yang diberikan amat mengkagumkan yang mana setiap malam dewan dibajiri oleh khalayak.
Penaung Kehormat: Datin Seri Endon Mahmood
Penaung: Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman

..............................................................................................

12. BULAN MENANGIS, MTC, KL, (9-12 Okt 2003), Arahan: Siti Rohayah Attan
Karya & arahan Siti Rohayah Attan ini menggabungkan empat cerita termasuklah kisah anak yang murtad kerana cinta juga anak yang keliru dengan kehidupannya kerana terpengaruh dengan kehidupan `mak nyah.’ Pelakon dalam teater ini ialah Erma Fatima, Shahrul Mizad Ashaari, Rosmah Ishak, Norzizi Zulkifli dan Shahriza Mahmud.

Penaung Kehormat : Datin Seri Endon Mahmood
Penaung : Datuk Aziz Shamsuddin
..............................................................................................

13. TEATER ANUGERAH, Auditorium DBKL, (15-21 Mac 2002) Arahan: Rosminah Tahir.

Teater ini adalah adaptasi dan novel tertebal di Malaysia bertajuk Anugerah karya Zaharah Nawawi, berkisar perjuangan kaum ibu dalam UMNO di bawah pimpinan Ibu Zain ketika menuntut kemerdekaan. Antara pelakon yang terlibat ialah Melissa Saila, Vanidah lmran, Jasmin Hamid, Jalaluddin Hassan, Zaifri Husin, Normala Omar, Azizi Mohd Said. Noor Khiriah Ahmad Shapie dan ramai lagi.

Penaung Kehormat: Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
VIP: Timb Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

...........................................................................................................................

14. TEATER ANUGERAH, Auditorium DBKL, (17-19 Jul 2002) Arahan: Rosminah Tahir
Kali kedua teater ini dipentaskan dalam tahun ini selepas dipentaskan 15- 21 Mac lalu. Teater ini adalah adaptasi dan novel tertebal di Malaysia bertajuk Anugerah karya Zaharah Nawawi, berkisar perjuangan kaum ibu dalam UMNO di bawah pimpinan Ibu Zain ketika menuntut kemerdekaan. Antara pelakon yang terlibat ialah Melissa Saila, Vanidah lmran, Jasmin Hamid, Jalaluddin Hassan, Zaifri Husin, Normala Omar, Azizi Mohd Said. Noor Khiriah Ahmad Shapie dan ramai lagi.
Penaung Kehormat: Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood

..............................................................................................................................

15.TEATER LANTAI T.PINKIE, DBKL, (24-27 Ogos 2000) Arahan: Rosminah Tahir
Naskhah ini adalah pementasan kali ketiga di Malaysia juga kisah berkisarkan kehidupan wanita. Kali ini di zaman 40-an. Kisah tragis seorang wanita penari kabaret. Antara pelakonnya ialah Juhara Ayob, Shahriza Mahmod, Zuhairi Ibrahim, Abu Bakar Omar, Norzizi Zulkifli, Mazlan Tahir, Yussak Kassan dan ramai lagi.
Penaung Kehormat: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
VIP:
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Y.B. Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan)
YB Datuk Khalid Yunus ( Timb. Menteri Penerangan)

......................................................................

16. DEJAVU SEORANG PEREMPUAN, MTC, KL (23-30 Okt 1999) Arahan: Siti Rohayah Attan

Karya Ismail Kassan berunsur komedi tentang pendatang dan masyarakat terbuang yang mengharungi pelbagai rintangan untuk hidup di kawasan lombong. Antara pelakonnya ialah Erma Fatima, Aida Rahim, Aida Aris, Norzizi Zulkifili, M. Ridzuan Deen dan Shukor Yon dan juga ahli-ahli BATEK.

Penaung : Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Luar. 
 
.................................................................................................

17. TEATER PELAYARAN NUR ATMA, Panggung Eksperimen, KL (23-30 Jun 1999), Arahan: Siti Rohayah Attan
Percubaan pertama ahli PPWM yang mempunyai latar pengalaman seni masing-masing, bergabung tenaga menerbitkan sebuah pementasan teater bersama CTRA Production yang mengangkat nilai wanita dalam ceritanya. Ia juga bagi mengumpul tabung pendidikan PPWM untuk sumbangan kepada penuntut penulisan kreatif Akademi Seni Kebangsaan.
Uniknya teater ini kesemua pelakonnya adalah perempuan walaupun watak tersebut adalah watak lelaki. Ia menggabungkan ahli-ahli PPWM dan pelakon terkenal seperti Azean Irdawaty, Norish Karman, Raja Azura, Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Eliza Mustaffa, Dorothy Jonathan, Norazwani Mohd Yassin.
Penaung : Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood
VIP :
Permaisuri Agong Tuanku Aishah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

.......................................................................................................................

18. ASSYURA 26 JUN -2 JUL 1997
 
................................................
Custom Search